Kenali PPPKS7


Asssalamualaikum & Salam Sejahtera


Persatuan Penduduk Pusat Komersil Seksyen 7 (PPPKS7), Shah Alam telah ditubuhkan pada.
Objektif penubuhan persatuan adalah untuk mewujudkan satu badan yang tetap bagi mewakili suara penduduk dalam mengutarakan pemasalahan-pemasalah yang dihadapi oleh penduduk kepada pihak berkuasa.
PPPKS7 memainkan peranan yang aktif bersama persatuan2 lain di kawasan Seksyen 7, dalam memastikan kehidupan yang selesa dan harmoni bagi penduduk di kawasan ini.


Penyertaan penduduk dalam PPPKS7, Pendaftaran keahlian RM5 dan Yuran terbahagi kepada 2 kategori iaitu (Yuran RM5 setahun) (Yuran seumur hidup RM200) dan semua penduduk digalakkan untuk menyokong, menjayakan aktiviti dan menyumbang kepada PPPKS7 samada dari segi tenaga, ilmu dan kewangan bagi memantapkan lagi persatuan ini, demi untuk kesejahteraan, keharmonian, keselamatan dan keceriaan semua warga PPPKS7.

Sebarang pertanyaan dan cadangan mengenai aktiviti PPPKS7, bolehlah diajukan kepada saya, Pengerusi Persatuan, En. Saharuddin Lin atau melalui AJK seperti yang dipaparkan di dalam halaman web ini atau melalui email persatuan: pppksseven(a)gmail.com
Persatuan juga mempunyai link di facebook.


Sekian, terima kasih.
Saharuddin Lin,

Pengerusi
======================================================


1. SIJIL PENDAFTARAN PERTUBUHAN


2. AHLI JAWATANKUASA


3. LOGO 
Keterangan Logo
  1. Imej berupa nombor 7 yang disusun secara bertingkat melambangkan keadaan kediaman yang berupa kediaman bertingkat (strata) di Seksyen 7.
  2. Imej nombor 7 tersebut juga disusun 3 melambangkan tiga (3)kelompok kaum utama yang tinggal di sini iaitu melayu, cina dan india.
  3. Perkataan PERSATUAN PENDUDUK  PUSAT KOMERSIL  yang disusun melengkung dari bawah ke atas melambangkan dokongan terhadap persatuan yang kukuh daripada penduduk yang sentiasa bersatu hati.
  4. Bentuk bulat melambangkan permuafakatan dan perpaduan penduduk yang mendokong persatuan sesuai dengan peribahasa " Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat ".
Keterangan warna
  • Kuning : Lambang kepercayaan kepada Tuhan iaitu prinsip utama rukun negara
  • Biru     : Lambang perpaduan
  • Merah  : Lambang kesungguhan
  • Hitam  : Lambang dokongan dan sokongan yang utuh
  • Putih   : Lambang kesucian dan kemurnian hati